Followers

Powered by Blogger.

Misi Ke Kemboja

>> Tuesday, December 20, 2011

Sejak dari zaman sekolah saya meminati kerja-kerja amal Islami, kerja dakwah, kerja khidmat masyarakat, membantu orang susah. Terkadang meluat bila sesetengah orang yang kita dah tau tembelang dia yang mengaku baik dan buat promosi diri macam ni. Tapi ini bukan promosi, tapi saya perlu beritahu agar pembaca tahu latar belakang dan nanti faham akan cerita saya yang akan datang. Faham kenapa saya buat apa yang saya telah buat. Saya sudah lama meninggalkan banyak bentuk program beroganisasi, cuma sekali sekala mengikuti program-program dari kumpulan yang berlainan. Bila rakan saya, yang juga rakan niaga saya mengajak saya ke Kemboja, saya terfikir mungkin ini permulaan baru buat saya. Mungkin ini grup untuk saya kembali aktif beraktiviti fi sabilillah. Mulanya saya berfikir banyak kali tapi saya tetap mengambil inisiatif mengutip derma. Tambahan pula sebelum pergi, seorang rakan kerja berbual dengan saya tentang Cambodia yang baru beliau lawati (melancong). Dari cerita beliau memang mereka amat-amat susah. Setelah berfikir panjang, ditambah pula dengan hati saya yang agak sedih atas satu kejadian, saya mengambil peluang untuk "redah aje" dan pergi ke Kemboja. Wang derma sudah dapat dikumpulkan sebanyak beberapa ribu oleh saya. Sebelum pergi, saya menukarkannya dengan wang USD. Ini kerana cara ni lebih menguntungkan dan wang USD adalah juga dagangan sah di Cambodia. Ada seorang rakan datang berjumpa saya dan memberi saya not MYR 50. Saya nyatakan pada dia, kesemuanya akan saya beri pada orang susah di sana. Dia berkali-kali berkeras agar saya gunakan sebahagiannya untuk diri saya juga. Akhirnya saya akur tapi saya kurang pasti ada tidak akhirnya saya guna untuk diri saya. Semua belanja tiket kapal terbang, makan-minum, penginapan ditanggung sepenuhnya oleh diri sendiri untuk diri sendiri, cuma ada ustaz Zainal dari Kemboja yang merupakan pengarah madrasah kedua terbesar di Kemboja juga banyak membantu kami ke banyak tempat. Untuk diri saya dan rakan saya KN, kami guna duit sendiri dan wang derma KESEMUANYA kami pastikan sampai ke tangan saudara muslim yang susah di sana. Orang lain dalam grup kami tu kami tak tau lah :p

Read more...

Dalam buadaya, err.. budaya Melayu, perkataan musibat adalah satu kata caci-maki atau kata menyumpah (bukan menyampah ye) yang memberi makna orang yang tak berguna, memberi masalah dsb. Mari kita lihat definisi dari urban dictionary: Tabooo: Often used to swear at a person or when unhappy.Bastard,hopeless,danm. "Musibat kau! Kau bunuh kambing aku!" means "Damn you! You killed my goat." Saya mengubah sedikit ayat di atas dan tidak berhasrat untuk berkongsi pautannya. Ada juga insan artis yang bernama Musibat Khan yang agaknya berasal dari salah satu negara di benua kecil India. Situs nya juga berjudul deviant art. Saya kira musibat ni dari perkataan musibah (diakhiri ta marbuthah). Di blog ni, saya akan ceritakan sebanyak mungkin musibah dan ujian yang telah dan sedang saya lalui agar dapat dijadikan pengajaran pada para pembaca. Saya juga bermaksud menjadikannya sebagai hibah yang harus sebagai usaha nahi munkar saya agar terselamat manusia lain dari menjadi mangsa penipu dan pengapur (bukan pengapir) serta orang-orang dan badan-badan yang suka mengambil kesempatan. Ia juga bermaksud menyelamatkan kaum putar alam tu dari diri mereka sendiri agar mereka berhenti atau diberhentikan dari kerja jahat mereka. Saya tidak berniat menyusunnya dengan kronologi, bergantung pada mood dan ingatan saya. Tapi saya akan mulakan dengan yg terkini. Saya pernah terjumpa beberapa blog terutama dari negara jiran Indonesia mangsa-mangsa musibah yang membubuh link donation atau derma. Saya kira kalau tujuannya untuk benar-benar mendapat bantuan, apa salahnya. Kalau betul mereka memerlukan satu bail-out. Iyah, tergantung pada niatnya begitu.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP